DETOX TERAPI ION KAKI: BENAR ATAU PENIPUAN? Saya sering terbaca - TopicsExpress



          

DETOX TERAPI ION KAKI: BENAR ATAU PENIPUAN? Saya sering terbaca tentang detox terapi ion kaki yang konon-kononnya dapat mengeluarkan toksin daripada badan dengan merendamkan kedua belah kaki di dalam larutan garam yang dilalukan caj elektrik. Dan sememangnya sebelum saya mempercayai sesuatu kenyataan, saya akan terlebih dahulu membuat search di Google. Bagusnya dunia sekarang, dengan adanya internet, maklumat di hujung hari. Pencarian saya menemukan sebuah blog iaitu The Secret Medicines (thesecretmedicines.blogspot/2013/01/detox-terapi-ion-kaki-benar-atau.html). Melalui apa yang didedahkan, sehingga hari ini masih tiada bukti saintifik yang mengesahkan kaedah ini berkesan membuang toksik daripada tubuh badan kita. Menurut penulis blog itu lagi, larutan garam yang diberikan caj elektrik dengan menggunakan 2 besi elektrod positif dan negatif memang akan menukar warna larutan menjadi partikel kehitaman, hijau, coklat perang, kuning dan sebagainya dalam tempoh beberapa minit - tanpa merendamkan kaki kita di dalamnya. Warna-warna tersebutlah yang konon-kononnya dianggap sebagai bukti kehadiran toksin dari kaki. Dalam sebuah kajian, sampel larutan diambil untuk melihat unsur-unsur toksik yang hadir di dalamnya. Penemuan mendapati tiada kesan logam berat ataupun unsur biologi dari tubuh manusia sebaliknya ia hanya datang dari logam elektrod yang digunakan. Sakit kepala, lemah-lemah badan, masalah hati dan buah pinggang tidak boleh dirawat dengan kaedah ini atau berbagai kaedah detox seperti menggunakan pad kaki atau rawatan spa. Ramai doktor, saintis dan pakar perubatan percaya produk sebegini tidak mencuci apa-apa dari tubuh kita kecuali mencuci poket kita. Cara yang sebenar untuk membuang segala toksin di dalam tubuh disebabkan gaya hidup kita selama ini seperti merokok, alkohol, makanan yang tak menyihatkan dan berlemak, kandungan gula dan garam yang tinggi atau kesan-kesan sampingan dari ubat-ubatan ialah dengan melakukan perubahan gaya hidup yang positif dalam jangka masa yang panjang, bukan dalam masa yang singkat seperti merendamkan kaki atau melekatkan pad pada kaki semalaman. Wallahualam... Apa-apapun, Shaklee tetap pilihan saya ;) Jika anda berminat untuk mendapatkan supplement Shaklee, anda boleh: 1. PM page ‘Dyanas Supplement Closet’ di https://facebook/messages/DyanasCloset 2. PM personal page saya, di https://facebook/messages/dyana.theoneandonly.uglyduckling 3. SMS saya di 019-9613657 ;D
Posted on: Sun, 03 Nov 2013 07:20:01 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015