Di kejohanan Tkd WTF SeDunia 2013 yg berlangsung di Mexico skrg TM - TopicsExpress



          

Di kejohanan Tkd WTF SeDunia 2013 yg berlangsung di Mexico skrg TM hanya menghantar seorang atlit, Ryan Chong. Ryan Chong dh veteran. Negara lain 16thn dh wakil Olympic. Mana bakat muda kita? Saya tinggal di Kelantan, bakat muda dari Thailand selalu bertanding di Kelantan. Bukan 1, 2 kelab turun. Bahkan kadang2 sampai 5 kelab Thailand turun lawan. Mereka ni ada yg wakil skuad remaja Thailand. Pon begitu mereka ini tetap ada yg dpt dikalahkan oleh fighter remaja kita. Fighter dari Kelantan & Terengganu yg acap kali bertanding di Hatyai, Trang atau Bangkok pon ada yg dpt mengalahkan bahkan dpt Gold dlm kej di Thailand yg jauh lebih competitive berbanding di Malaysia. Maksudnya kita ada bakat remaja yg layak bahkan boleh bersaing di peringkat tinggi. Jadi kenapa hanya Ryan Chong si veteran yg menjadi sandaran? Mana bakat muda Malaysia yg lain. Pada hemat saya, atlit taekwondo wanita Malaysia lebih tinggi prospek nk dpt medal dlm Olympic. Kalau TM dgn cara lamanya, birokrasi & amalan politik yg tipikal mcm zaman MTA dulu. Atlit yg sepatutnya mendapat tempat, jurulatih & parents mereka hanya membuang masa & duit selama ni.
Posted on: Sat, 20 Jul 2013 21:31:34 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015