Group penulis fiksyen :) By Cik Mal Kool tak? Jika ada 1 - TopicsExpress



          

Group penulis fiksyen :) By Cik Mal Kool tak? Jika ada 1 private group, ahlinya 10 orang penulis fiksyen. Ia boleh jadi gabungan penulis baru dan penulis senior. Tiada masalah. Namun, penulis ini mesti aktif dalam sesi perkongsian dalam grup. Jika tidak aktif, admin berhak untuk mengeluarkan mereka dari grup. Grup boleh rekrut ahli baru selepas ahli yang tidak dapat beri komitmen disingkirkan. Ewah >< Sebarang chatting panjang tanpa arah tujuan jelas adalah tidak dibenarkan. Haaa... :D Jadi dalam grup ini, para penulis berkongsi input/idea masing-masing berkenaan penulisan, atau projek terbaru. - pendek kata apa sahaja berkaitan penulisan fiksyen. Sebulan sekali, para penulis boleh berjumpa dan hang out di kafe, beri komitmen masa untuk menulis (1-2 jam). Ia boleh jadi menulis di atas kertas, laptop, atau merangka novel dengan kad indeks. Apa pun boleh selagi ia merupakan komitmen pada kerjaya penulis. Sesinya tidak formal, kasual, santai. Penulis hanya dibenarkan membawa diri sendiri dan projek penulisan sahaja. Tujuan ada 10 orang penulis sahaja - mahu jadikan ia grup yang kecil tetapi aktif. Biasa kita lihat grup penulisan yang ramai ahlinya, tetapi semakin lama semakin tidak aktif. Salah satu pesan mentor-mentor saya termasuklah untuk sentiasa memastikan semangat itu terus menyala. Mempunyai support grup penulis yang aktif, membolehkan kita membawa diri ke hadapan. Dan ya, ahli-ahli grup kecil ini mestilah super aktif untuk berkongsi. :D Ha..Siapa mahu usulkan projek begini? Saya mahu isi borang memohon menjadi ahli. :D #tetiba
Posted on: Wed, 28 Aug 2013 06:22:20 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015