NBOS jimat wang negara Oleh Norfatimah Ahmad, Haspaizi Mohd Zain - TopicsExpress



          

NBOS jimat wang negara Oleh Norfatimah Ahmad, Haspaizi Mohd Zain dan Norrasyidah Arshad 2013/09/24 Kuala Lumpur: Kerajaan menjimatkan jutaan ringgit dari segi kos pembinaan pusat latihan dan kemasyarakatan berikutan pembabitan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri dalam Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Sebagai contoh, sebanyak RM711 juta dijimatkan daripada pembinaan pusat latihan baru untuk latihan polis apabila pasukan itu mula menggunakan Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA). Tak perlu bina penjara baru Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, berkata menerusi penggunaan Pusat Pemulihan Pemasyarakatan (PPP) sebagai penjara, kerajaan juga tidak lagi perlu membina penjara baru yang membabitkan belanja RM50 hingga RM60 juta setiap satu. “Kos pembinaan PPP yang diselaraskan di kem tentera hanya RM4 juta hingga RM6 juta,” katanya menjawab soalan Rubiah Wang (PKR-Kota Samarahan) yang ingin tahu pelaksanaan NBOS dan penjimatan kerajaan ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam. Program rondaan Hishamuddin berkata, program berbentuk rondaan bersama tentera dan polis turut menyumbang kepada pengurangan kadar jenayah seperti dilaporkan Program Transformasi Kerajaan. Sementara itu, pada sidang media di lobi Parlimen, Hishammuddin berkata, matlamat akhir NBOS ialah kerjasama polis, tentera dan Jabatan Penjara seperti memberi kemahiran dan program pemulihan kepada banduan, mengurangkan kemasukan banduan berulang serta latihan kepada anggota dan pegawai polis serta tentera. “Kita berada di landasan betul dan saya bangga dengan strategi ini kerana ia membabitkan perancangan dan kerjasama rapi serta pemikiran yang sehaluan,” katanya. Menjawab soalan Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) dalam soalan tambahannya mengenai tiada keseragaman elaun antara anggota tentera dan polis, Hishamuddin berkata, kebajikan anggota tentera tetap akan diutamakan dan tidak akan dipinggirkan. BH
Posted on: Tue, 24 Sep 2013 04:18:44 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015