PROGRAM RALLI ILMU 3 MASJID AL - TopicsExpress



          

PROGRAM RALLI ILMU 3 MASJID AL RIDHUAN PENGENALAN Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T selepas melaksanakan program Ralli Ilmu 1 dan 2 yang mendapat sambutan yang sangat memberansangkan di kalangan jemaah yang hadir, kini MASJID AL RIDHUAN , HULU KELANG tampil sekali lagi dengan menganjurkan RALLi ILMU 3, KHATAM QURAN & TAHLIL PERDANA pada hari SABTU , 29 JUN 2013 bersamaan 20 Syaaban1434. Program ini diadakan bertujuan bagi memartabat dan membudayakan pembacaan Al-Quran dalam masyarakat serta menjadikannya sebagai satu amalan setiap hari untuk diri kita sendiri. Selain daripada itu ianya dapat mengeratkan lagi silaturrahim dikalangan jemaah yang hadir pada Program Ralli Ilmu 3 ini. Jesteru itu, Masjid Al Ridhuan telah menyediakan satu program khas yang sangat komprehensif dan mantap untuk santapan rohani bagi setiap jemaah yang hadir pada program Ralli Ilmu 3 pada kali ini. Seperti biasa program selama satu hari yang bermula seawal pagi akan dimulai dengan Qiyammullai, Kuliah Subuh, 2 Kuliah Dhuha, Kuliah Zohor, Forum Perdana Asar dan diakhiri dengan Kuliah Perdana Isyak. Masjid Al Ridhuan juga telah menyediakan penceramah-penceramah jemputan yang didatangkan khas khususnya bagi Ralli Ilmu ini, ianya dibarisi oleh tokoh-tokoh ulama yang terkenal dan terbilang tanah air seperti :- 1. YBhg. Ustaz Badrulamin - Qiyammullai 2. YBhg. Ustaz Hanafiah Malek – Kuliah Subuh 3. YBhg. Ustazah Norhafizah Musa - Kuliah Dhuha 1 4. YBhg. Ustaz Dr.Zulkifli Al Bakri – Kuliah Dhuha 2 5. YBhg. Ustaz Dato’ Ismail Kamus – Kuliah Zohor 6. YBhg. Ustaz Harryanto Rizal – Forum Perdana Asar 7. YBhg. Ustaz Haslin Bahrin – Forum Perdana Asar 8. YBhg. Saudara Amin Idriz – Forum Perdana Asar 9. YBhg. Ustaz Azhar Idrus – Kuliah Perdana Isyak KHATAM QURAN Program Ralli ini juga diselitkan dengan Majlis Khatam Quran bersama dengan 500 orang anak- anak Tahfiz sekitar Selangor yang akan dilaksanakan selepas selesai solat Zohor. Masjid Al Ridhuan juga ada menyediakan tempahan Air Mineral 1.5 liter yang akan dibacakan dengan 30 Juzuk Al Quran. Air yang telah di syifa’ (dibacakan) dengan 30 juzuk Al-Quran serta didoakan dengan doa-doa pilihan insyaAllah boleh dijadikan sebagai ikhtiar bagi menjaga kesihatan tubuh badan, menguatkan minda, menenangkan jiwa serta menjadi sebagai penawar bagi segala penyakit zahir dan batin dan apa jua yang dihajati. Para jemaah boleh mendapatkan air ini pada kadar harga RM5 sebotol. Untuk makluman stok bagi mendapatkan air ini adalah terhad dan bagi jemaah yang berminat untuk membuat tempahan boleh memuat turun borang tempahan pada pautan dibawah. Maklumat ini perlu diemailkan untuk memudahkan urusetia program membuat penyediaan awal tempahan dan mengelakkan dari berlakunya kesesakkan semasa proses mengambil tempahan nanti. Sekiranya terdapat sebarang permasalahan atau kemusykilan para jemaah boleh berhubung terus dengan urusetia program :- 1. Ustaz Aziz - 019 394 9376 (email : [email protected]) 2. En. Mahmud - 019 243 9599 3. En. Nazri - 013 209 6890 TAHLIL PERDANA Tahlil Perdana pula akan menyusul selepas selesai para jemaah melaksanakan solat Maghrib. Insya Allah Tahlil Perdana ini akan dipimpin oleh YBhg. Ustaz Haslin Bahrin. Bagi jemaah yang ingin turut sama menyertai Majlis Tahlil Perdana ini, boleh mendapatkan borang penyertaan di Masjid Al- Ridhuan sendiri atau memuat turun melalui pautan dibawah , urusetia program yang boleh dihubungi bagi tujuan penyertaan Tahlil Perdana ini adalah:- 1. Ustaz Asyraff - 012 690 2948 2. Ustaz Ikhwan - 012 975 2660 3. En. Shukor - 010 766 7434 (email : [email protected]) Semua pembayaran tempahan Air Syifa’ dan sumbangan Tahlil Perdana boleh dibuat melalui dua akaun masjid seperti dibawah dan penghantaran borang hendaklah dilakukan sebelum atau pada 27 Jun 2013 :- Bank Muamalat 1403 0004 5787 10 atau CIMB BANK 1441 0000 1960 58 Pembayaran yang dibuat secara atas talian perlu dinyatakan butir-butir maklumat seperti dibawah dan di emailkan ke : - [email protected] Nama No. Kad Pengenalan No. Telefon Nama Bank (Bank Muamalat atau CIMB Bank) Jumlah Tempahan Jumlah Bayaran Nota : Sekiranya untuk tempahan Air Syifa’ sila nyatakan (5) dan (6) dan jika sumbangan Tahlil Perdana sila nyatakan ‘Sumbangan Tahlil Perdana’ dan tidak perlu dinyatakan (5) dan (6)
Posted on: Wed, 19 Jun 2013 23:20:52 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015