Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan - TopicsExpress



          

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar, bermula bulan ini. HANIEF: PTPTN akan bergabung dengan Bank Negara untuk senaraikan nama peminjam yang tak bayar semula sebagai individu yang bankrap. Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan. HANIEF: Idris Jusoh kata Bank Negara ada database semua orang orang bankrap. Menerusi pendekatan ini peminjam PTPTN yang ingkar menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya, kata Idris. HANIEF: Bila nama sudah disenaraikan Bank Negara, nak ambil pinjaman lain dah susah. Beliau ditemui pemberita pada majlis mesra bersama pelanggan dan sambutan Aidilfitri PTPTN, di Kuala Lumpur hari ini. HANIEF: Idris Jusoh enjoy. "Institusi kewangan atau bank akan menilai dan menganalisis setiap pinjaman, baki pinjaman, rekod bayaran balik serta bilangan bulan tertunggak yang terlibat. Ini akan mempengaruhi kelulusan permohonan atau jumlah pinjaman," katanya. HANIEF: Bank dan badan pinjaman akan rujuk senarai yang Bank Negara buat untuk menilai sikap peminjam Idris berkata pelaksanaan CCRIS tidak bertujuan membebankan peminjam PTPTN sebaliknya mahu menggalakkan budaya pembayaran balik sebagai kemudahan pembiayaan pendidikan kepada generasi seterusnya. HANIEF: Idris kata Bank Negara tak kejam. Pada masa yang sama, beliau berkata PTPTN merangka beberapa penyelesaian bagi membantu peminjam yang disenarai dalam CCRIS termasuk membayar keseluruhan tunggakan serta membuat komitmen bayaran secara ansuran melalui potongan gaji atau Arahan Tetap bank. HANIEF: Selain menjadikan anak2 muda bankrap, PTPTN juga membantu anak-anak muda membayar pinjaman secara ansuran dari potongan gaji (LOL! Kesian gaji kena potong). "Selain itu peminjam juga mempunyai pilihan dengan membuat penjadualan atau penstrukturan semula pinjaman mereka yang tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh PTPTN," katanya. Sehingga 30 Jun lepas PTPTN telah meluluskan pembiayaan pendidikan kepada 2.2 juta pelajar dengan amaun keseluruhan berjumlah RM49.9 bilion. Dalam perkembangan lain, Idris berkata Kementerian Pendidikan sedang berbincang dengan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir agar penangguhan peperiksaan membabitkan pelajar Malaysia dilanjutkan untuk satu tempoh yang lama. Ini kerana katanya krisis di Mesir dilihat akan mengambil masa untuk pulih. HANIEF: Ogos merupakan bulan keramat untuk semua ini direalisasikan (dilaksanakan).
Posted on: Mon, 19 Aug 2013 15:50:49 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015