TABIK PDRM…antara RAMPASAN DADAH (banyak lagi tak dapat - TopicsExpress



          

TABIK PDRM…antara RAMPASAN DADAH (banyak lagi tak dapat dipaparkan) (1). 11/09/2013=RM50 juta. (2). 27/08/2013= RM 11.56 juta (3). 18/07/2013= RM 31 juta. (4). 15/07/2013= Rm15 juta. = RM??? juta. 11 September 2013 Saudagar dadah RM50 juta Kuala Lumpur: Kehidupan mewah luar biasa hingga mampu memiliki sembilan kenderaan mewah membongkar kegiatan empat lelaki dan seorang wanita yang menjadi pengedar dadah terbesar di Lembah Klang selain dadah itu turut diseludup ke negara jiran menggunakan kereta mewah berkenaan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, dalam serbuan itu, pihaknya merampas 209.96 kilogram (kg) syabu, 40.47kg heroin dan 26.85kg pil ecstasy bersama dua komputer riba, sembilan kereta mewah, barangan kemas dan wang tunai berjumlah RM51,299. 27 Ogos 2013 PULAU PINANG - Polis melumpuhkan sindiket pengedaran dadah di negeri ini dengan merampas dadah bernilai RM11.56 juta selepas menyerbu sebuah makmal memproses dadah di Lorong Madras, Jalan Macalister di sini semalam. Operasi yang bermula kira-kira pukul 5 petang itu turut membongkar sebuah makmal memproses dadah yang berselindung di bahagian belakang sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. 18 Julai 2013 PORT DADAH TERBESAR DI JOHOR DISERBU, MAIN TAN BUKAN GRAM LAGI DAH......RM31 juta BATU PAHAT: Pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Polis Johor, dalam satu serbuan, berjaya merampas 1.178 tan dadah bernilai RM31 juta selepas menyerbu sebuah premis di Taman Flora Height. Makmal itu adalah yang terbesar di negara ini. 15 Julai 2013 ‘Raja Syabu’ RM15 juta: Kota Kinabalu: Satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa diketuai seorang lelaki bergelar ‘Raja Syabu’ tumpas apabila dicekup bersama 12 lagi ahli kumpulannya dalam beberapa siri serbuan di sekitar bandar raya ini membabitkan rampasan syabu seberat hampir 75 kilogram (kg) yang mencecah nilai pasaran lebih RM15 juta.
Posted on: Wed, 11 Sep 2013 10:12:58 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015