perhimpunan kelab-kelab kereta negeri Johor berlangsung dengan - TopicsExpress



          

perhimpunan kelab-kelab kereta negeri Johor berlangsung dengan jayanya dan telah menghimpunkan sebanyak 20 buah kelab kereta. Gerakan Belia 4B dan pihak Litar Pasir Gudang mengambil inisiatif untuk menghimpunkan hampir keseluruhan kelab kereta yang menaung di bawah negeri Johor. Sambutan amat menggalakan dan berjaya mengumpul lebih dari 350 buah kereta dari pelbagai kelab termasuk ProCC dengan kehadiran lebih 5000 pengunjung. Majlis dimeriahkan lagi dengan acara lumba motorsikal dan kereta serta pamiran kereta-kereta yang telah dihiasi dengan pelbagai rupa dan bentuk serta pelbagai acara-acara yang menarik. ProCC Johor telah membuat persiapan seawal 8.30 pagi untuk menempatkan dan menyusun semua produk serta menghiasi booth ProCC. Ahli ProCC negeri Johor telah berkumpul di stesen minyak Projet di Taman Scientex pada pukul 10.30 pagi. Masa yang singkat telah digunakan sebaik yang mungkin untuk menampal banner serta sesi bergambar bagi ahli-ahli baru. Kedatangan kami disambut oleh pengurus stesen minyak berkenaan dan memberi sticker sebagai penghargaan. Mereka juga menyatakan hasrat untuk memberikan sebarang sumbangan untuk ProCC Johor di masa-masa akan datang. Terima kasih diucapkan kepada pihak Projet kerana memberi peluang untuk berkumpul di premis mereka. Konvoi memulakan perjalanan pada pukul 11.15 pagi dengan bantuan kakitangan Projet untuk mengawal lalulintas semasa keluar dari stesen minyak mereka. Konvoi kali ini diiringi oleh 2 orang marshall untuk memastikan perjalanan konvoi bergerak dengan selesa dan selamat. Setibanya dilitar, semua peserta menyusun kereta ditempat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Semua ahli bergerak ke booth ProCC untuk melihat keceriaan booth kelab kesayangan mereka. Sebagai tanda terima kasih dari sokongan yang telah diberikan oleh semua ahli, pihak urusetia telah mengadakan tayangan VCD Konvoi Merdeka yang lalu. Meja yang ada digunakan sebaik yang mungkin untuk mempamirkan semua produk ProCC serta keratan akhbar terkini mengenai ProCC. Terima kasih juga kepada saudara Zulkaria kerana telah membenarkan kereta beliau menghiasi booth ProCC. Dengan kerjasama semua urusetia dan ahli, ProCC Johor telah berjaya menarik minat orang ramai untuk singgah serta bertanyakan pelbagai soalan untuk menjadi ahli berbayar. Kami juga berjaya mendapatkan beberapa orang ahli baru menyertai ProCC. Aktiviti kali ini telah disertai hampir 30 orang ahli ProCC termasuk sahabat-sahabat mereka. Antara ahli yang terlibat dengan program ini adalah e-zals, eeolemon, puteri_alin & zulkaria bertindak sebagai urusetia booth serta ahli-ahli yang lain seperti i-nizam78, lee rider, alinfan, pokjai, riz-77, SE 04, STA 02, small_tiger, apis, ujang & ziera. 3 orang ahli telah memenangi hadiah cabutan bertuah dari pihak penganjur. Pada pukul 4.30 petang, semua ahli mengambil kesempatan untuk bergambar beramai-ramai sebelum pulang pada pukul 5.00 petang. Nantikan artikel mengenai perhimpunan ini di majalah Terafik di keluaran mendatang. Akhir sekali, terima kasih dan tahniah kepada semua ahli kerana memberikan sokongan serta kerjasama yang tiada nilainya. Tanpa anda semua siapalah ProCC!
Posted on: Fri, 28 Jun 2013 00:46:47 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015