GAJI PEGAWAI JABATAN PERDANA MENTERI(JPN) MELAMPAU Jawatan - TopicsExpress



          

GAJI PEGAWAI JABATAN PERDANA MENTERI(JPN) MELAMPAU Jawatan kanan dibayar gaji sebanyak RM69,000 sebulan, Pengarah Pengurusan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) dibayar RM49,000.melebihi bayaran Ketua Setiausaha Negara itu menyumbang kepada kenaikan 13 peratus dalam Bajet 2014 untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM). Gaji tahunan, elaun dan bonus Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agensi Inovasi Malaysia adalah RM830,500 iaitu gaji bulanannya kira-kira RM69,000. Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pula dibayar gaji tahunan sebanyak RM480,000 (RM40,000 sebulan). Semua CEO ini dibayar bulanan lebih tinggi daripada penjawat awam seperti Ketua Setiausaha Negara yang gaji bulanan RM23,577. Ketua Pegawai Eksekutif SPAD turut mendapat elaun tahunan sebanyak RM162,000 dan bonus sebanyak RM60,000. Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp pula menerima gaji bulanan sebanyak RM30,000 dan elaun bulanan kereta sebanyak RM5,000. Di samping itu, kakitangan di JPM, yang kebanyakannya berkontrak turut dibayar lebih tinggi daripada gaji penjawat awam. Seorang Pengarah PEMANDU yang setaraf dengan JUSA A/B penjawat awam bergaji maksimum sebanyak RM49,000 sebulan, seorang Pengarah Bersekutu mereka juga bersamaan dengan JUSA C penjawat awam dengan gaji maksimum RM31,600 sebulan. Jawatan Pengurus Kanan yang bersamaan dengan penjawat awam Gred 54 dengan gaji maksimum RM21,000 sebulan. Agensi lain di bawah JPM termasuk Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara, Kumpuan Industri Kerajaan Teknologi Tinggi dan Unit Peneraju Bumiputera. Ahli parlimen DAP Serdang Kian MIng menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghentikan kewujudan agensi baru seperti Yayasan Hijau yang mempunyai fungsi bertindih dengan beberapa agensi lain sedia ada seperti Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) serta Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MAGIC). Inilah punca pemotongan subsidi dan pelaksanaan GST. Peruntukan untuk JPN melonjak sebanyak 13 peratus berbanding tahun lalu iaitu 1.5 peratus daripada jumlah bajet iaitu RM250 bilion kepada RM264 bilion. Walaupun dikritik hebat pimpinan Pakatan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala menyatakan bahawa pihaknya menerima satu daripada peruntukan terbesar sebanyak RM16.45 bilion di bawah Bajet 2014 Gaji penyokong UMNO di kampung2, ambil upah korek parit, toreh getah, sawah padi RM50 sehari, hari hujan tak ada gaji. Sebulan kalau sehat dan cuaca baik dan ada kerja selalu dapatlah dalam RM700 sebulan, anak ada lima sekolah, dapat BR1MRM650, bantuan buku RM300. Tunggang Honda 100 cc second hand. Hisap rokok daun, minum kedai kopi sehari lebih dari RM10 tak termasuk sulaman rokok Yahudi. Solat tak taulah, nampak zahirnya sibuk dengan kerja, tak solatlah nampaknya. Hidup Melayu. iman2taqwa.blogspot
Posted on: Tue, 29 Oct 2013 09:28:01 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015