ISU: Bagaimana status alat bantuan perubatan yang tertanam dalam - TopicsExpress



          

ISU: Bagaimana status alat bantuan perubatan yang tertanam dalam badan si mati seperti injap jantung atau chemo port untuk pesakit kanser atau pun besi titanium bagi menggantikan tulang, adakah perlu dikeluarkan? PENJELASAN: Hukum asal pembedahan mayat adalah tidak diharuskan, kerana syarak mengiktiraf kehormatan seseorang Muslim sama ada ketika hidup ataupun selepas mati. Ini dinaskan oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam di dalam hadis: كَسْرُ عَظْمِ الْمَيِّتِ كَكَسْرِهِ حَيًّا Maksudnya: “Mematahkan tulang seseorang yang telah mati (dosanya) adalah seumpama mematahkan tulangnya semasa hidup”. (Diriwayatkan oleh Abu Daud, 2/1035, no: 3694; Ibn Majah, 1/516, no: 1616). Berdasarkan hadis tersebut, pembedahan mayat tidak dibenarkan dalam Islam kecuali terdapat keperluan yang sangat kuat, atau maslahat yang lebih besar. Ini juga telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-8 yang bersidang pada 24-25 Sep 1984, yang antara lain memutuskan: “... bahawa pembedahan mayat orang Islam hanya boleh dilakukan jika keadaan benar-benar memerlukan (darurat) sahaja seperti terlibat di dalam kes-kes jenayah yang sangat memerlukan post mortem atau simati tertelan benda yang berharga atau simati yang sedang mengandung sedangkan kandungannya masih hidup”. Justeru, adalah tidak diharuskan untuk melakukan pembedahan mayat bagi mengeluarkan apa-apa peralatan daripada badannya, kecuali jika terdapat keperluan yang sangat mendesak atau maslahat yang lebih kuat. Wallahu A’lam.
Posted on: Tue, 05 Nov 2013 03:40:41 +0000

Trending Topics



/b>

Recently Viewed Topics




© 2015