Kunjung hormat ke Kantor Gabenor Acheh. ke Kantor Wilayah - TopicsExpress



          

Kunjung hormat ke Kantor Gabenor Acheh. ke Kantor Wilayah Kementerian Agama Provinsi Acheh, Ke majlis kunjung hormat di Universiti IAIN Ar-Raniry. Suara wakil Gabenor, suara wakil ketua dinas, suara Rektor IAIN, suara yang teradun menjadi satu suara reformasi Disebalik Tsunami, Acheh tidak menangis lagi, Acheh beroleh hadiah daripada pemerintah Indonesia, Kuasa autonomi untuk melaksanakan syariat, secara total (Kaafah) Kata rektor IAIN, laluan itu bukan mudah, diiringi air mata dan darah, kanun sedang disusun oleh ahli akademik, yang rata-rata Alumni universiti di Malaysia. Disebalik airmata Tsunami, terpendam semangat Bangsa Acheh, untuk menjadi model sebuah negara Islam. Perjalanan untuk melihat Tsunami di Acheh Menjadi perjalanan mengenal suara reformasi di Acheh, Pelaksanaan Islam bukan untuk retorik. - Kamar 405 Hotel Hermes Banda Acheh.
Posted on: Mon, 26 Aug 2013 11:17:51 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015