Sejauh mana sejarah Malay city-states di Indochina? Topik Malay - TopicsExpress



          

Sejauh mana sejarah Malay city-states di Indochina? Topik Malay city-states (negarakota Melayu) adalah topik yang paling mencabar dalam sejarah Asia Tenggara.Sebab sekarang makna Melayu disempitkan oleh makhluk-makhluk aneh yang buta sejarah kepada Sejarah Malaysia. Ingat,homeland bangsa Melayu ialah seluruh Asia Tenggara.Sebab itu bahasanya menjangkau seluruh Asia Tenggara,dan sejarahnya juga adalah sejarah Asia Tenggara.Prasasti raja-raja Melayu boleh dijumpai dari Vietnam,Filipina,Thailand,Indonesia,Malaysia hingga ke India. Siapa yang sempitkan sejarah Melayu hanya dari Perlis sampai ke Sabah,layak dikurung seminggu dalam Iron Maiden. Sebab apa?Sebab kebingungan mereka memeningkan kita semua.Semua tergapai-gapai mencantumkan jigsaw puzzle sejarah Melayu sebab bermula dari era Malacca Sultanate. Saya nak tanya kepada kamu dan kamu anak-anak Melayu,sampai mana sempadan negeri-negeri Melayu pada masa silam di Tanah Besar Asia? Adakah hanya sampai Batu Tanda Kra di Ranong,Thailand? Sempadan negeri-negeri Melayu pada masa silam mencapai Battambang di Kemboja pada hari ini. Recueil des Inscriptions du Siam: Inscriptions de Dvaravati, de Crivijaya et de Lavo karya Goerge Coedes mengungkapkap penemuan perkataan Malayang dalam banyak inskripsi Khmer purba merujuk kepada negeri-negeri yang tunduk bawah Angkor.Dalam bahasa Khmer,Malayang bermaksud Negeri Mala dimana dalam inskripsi Khmer purba:Mala dan Malayu adalah entiti yang sama.Salah satu negeri Malayang ini ialah dikenalpasti terletak di Battambang,Kemboja hari ini apabila ditemui prasasti mengungkap pemberontakan rakyat Malayang kepada pemerintahan Angkor. Di sana,kita akan dapati budaya wau bulan dan wayang kulit sama seperti di Kelantan.Budayawan Khmer sendiri mengaku asal-usul wayang kulit adalah dari bangsa Melayu. Hari ini jika kita kita lihat tarian menora,wayang kulit,makyung dan seumpamanya dari Kelantan,kita senang mengecopnya sebagai cedokan budaya Siam.This is crap!Semua budaya itu asli dari Melayu Utara dan Segenting Kra BUKAN dari orang Thai.Menora yang asli menurut budayawan Thai adalah dari Singgora dan menurut hikayat Thai dikembangkan oleh seorang permaisuri negeri itu bernama Srimala pada zaman purba. Orang Thai telah banyak merompak budaya orang lain.Ketika menjarah Angkor,mereka telah mengangkut beratus-ratus penari,sasterawan istana,tukang ukir dan seniman Khmer ke Ayutthaya.Ini memang termaktub dalam sejarah. Saya syorkan anda membaca garapan Semantani Jones dalam artikel terbarunya>>lokalgenius.blogspot/2013/10/wayang-malayang.html Saya tidak hairan tentang wau bulan di sana sebab saya telah tulis pasal ini 2 tahun lepas dalam Alter Terahsia Bangsa Melayu v3.5. Memang trivia. ~Srikandi InnerCircle sedang melawat bandar Petra di Jordan sedang saya berceloteh tentang kaum Nabatean di mistisfiles.blogspot. PemburuVampire sila baca petunjuk-petunjuk seterusnya dalam susasteraseri.blogspot
Posted on: Sun, 13 Oct 2013 13:37:25 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015