Sedap jugok tidur di hotel muslim LCCT malam tadi. Berbantal - TopicsExpress



          

Sedap jugok tidur di hotel muslim LCCT malam tadi. Berbantal lengan, alhamdulillah memadai untuk melelapkan mata sementara menunggu flight pertama ke KB jam 8.30 pagi ni. Walaupun kawan-kawan offer tempat penginapan, saya lebih selesa dihantar terus ke airport sekitar jam 11.30 mlm tadi. Duduk-duduk sambil baca buku sementara menunggu subuh. Bila rasa letih, baringkan diri seketika di hotel yang tidak berbintang, tak ada reception, tak ada bed. Hanya hamparan sejadah yang ada. Tentunya ia lebih selesa dari tidur dalam kereta. Pengalaman di beberapa airport sekitar rantau ini, saya rasa airport di Manila adalah antara yang paling ketat pemeriksaan keselamatannya. Melintasi pemeriksaan keselamatan dari Lapangan Terbang Manila untuk menaiki penerbangan ke Cagayan de Oro di Mindanao, bukan setakat tali pinggan malah kasut pun perlu dibuka untuk diimbas. Mungkin ianya disebabkan situasi tidak menentu yang sedang melanda Kepulauan Selatan Filipina tersebut. Saya tak pernah merasai pengalaman menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad. Tentunya pemeriksaannya lebih ketat. InsyaAllah... hutang ini akan dibayar dengan berkunjung semula ke Baghdad nanti. Get ready Dr Suhazeli سوهزلي عبدالله.
Posted on: Sun, 19 Jan 2014 23:28:09 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015